Penerangan Tikar seladang

Bunga tikar seladang dari dekat.Kelopak bunga tikar seladang atau kerak nasi berwarna putih.

Tumbuhan yang dipercayai berasal dari Jawa, Sumatera dan kepulauan Sunda Kecil ini merupakan sejenis tumbuhan memanjat dengan batang kecil berkayu keras yang mudah lentur. Sifat batangnya yang mengembang pada bahagian hujungnya menyebabkannya menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Pokok kesidang juga boleh dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih manakala perdunya yang setinggi 3 m tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung berpasangan.[2]

Bunganya yang berwarna putih bersaiz 1.0-1.5 cm kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan terutama pada waktu petang. Pokok ini juga dipanggil bunga "kerak nasi" bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang lerai-lerai, tetapi kerana baunya juga yang jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi.[3] Satu kajian telah dilakukan oleh sebuah universiti di Chiang Mai, Thailand untuk mengenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang. [perlu rujukan]